Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.nya] | هاڽ

Definisi : 1. tidak lebih drpd, cuma, sahaja: kemanakan hamba ~ seorang saja; dia ~ menjalankan tanggungjawabnya; dia ~ mengangguk; dia ~ seorang perempuan; ~ satu satu sahaja; 2. sekiranya (terdapat atau berlaku sesuatu keadaan dsb yg tertentu sahaja), sekiranya (kalau) ... sahaja: ~ apabila darjah itu tidak banyak mempunyai kanak-kanak baru boleh dijalankan pengajaran berseorangan; kita akan memberikan bantuan ~ kalau dia benar-benar memerlu­kannya; 3. melainkan, kecuali: yg lain bersetuju, ~ dia yg tidak bersetuju. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.nya] | هاڽ

Definisi : 1 tidak lebih drpd; cuma: Anak saya ~ seorang. 2 melainkan; kecuali: Yg lain semuanya hadir, ~ dia yg tidak hadir dlm majlis itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hanya (kata tugas)
1. Bersinonim dengan cuma: semata-mata, sahaja,

2. Bersinonim dengan kecuali: melainkan, selain.,


Puisi
 

Budak-budak menjual pulut,
     Pulut dijual di pagi hari;
Kasih adinda hanya di mulut,
     Kasih tak sampai ke dalam hati.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

cubaan

Bermaksud :

hanya cuba

 

Lihat selanjutnya...(54)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Hanya air dingin yang dapat memadamkan api.Kata-kata yang lemah-lembut saja yang dapat mendinginkan hati yang sedang marah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
cubaanhanya cubaKamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bermulut di mulut orang.Hanya menurut apa yang dikatakan orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Berlidah di lidah orang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berlidah di lidah orang.Hanya menurut apa yang dikatakan orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gamak-gamak seperti menyambal.Hanya dengan cuba-cuba atau kira-kira saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memagar diri bagai aur.Hanya memikirkan diri sendiri saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak kelih mahu tengok.Hanya mahu hasilnya saja, tetapi enggan berusaha.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tua-tua telur ayam.Hanya tua sedikit saja (biasa dipakai untuk merendahkan diri dalam percakapan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Alim biasa menghukum syarak.Hanya orang yang alim saja yang boleh membuat hukum syarak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berdua terkunci, bertiga terbuka.Rahsia hanya dapat disimpan di antara dua orang saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123456

Kembali ke atas