Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hari
Kata Terbitan : sehari-hari, sehari-harian, berhari-hari, harian,

Puisi
 

Hari-hari tolak bertimba,
     Jaraknya batang jambu;
Hari-hari tolak bercinta,
     Hajat hati guring sekelambu.


Lihat selanjutnya...(206)
Peribahasa

Hari tak selamanya panas.

Bermaksud :

Untung dan malang silih berganti.

 

Lihat selanjutnya...(49)

198

Every flow must have its ebb

Kesenangan atau kemewahan yang dirasai lazimnya tidak kekal lama. Esok lusa pasti datang kesusahan.

Hari tidak selamanya panas

He came into fortune but he forgot easily. I'd helped him a lot but he treated me like a dog. I told myself, every flow must have its ebb. One day, he would realize that nothing lasts forever.

Dia tiba-tiba meraih kekayaan tetapi dia mudah lupa. Aku telah banyak membantunya tetapi dia melayani aku seperti anjing. Aku berkata pada diriku, hari tidak selamanya panas. Satu hari nanti, dia akan sedar bahawa semuanya ini tidak kekal.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(65)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Hari tidak siang saja.Tidak selamanya senang terus-menerus.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hari tak selamanya panas.Untung dan malang silih berganti.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hari ini sedang panas panjang, kacang telah lupakan kulitnya.Orang miskin jadi kaya, lupa akan dirinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hari ini patutlah redup (= panas keras).Mengharapkan sesuatu keuntungan; sangkaan yang tidak baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hari guruh takkan hujan.Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul. (Peribahasa lain yang sama makna: Harimau bertempek tak [kan] makan orang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ini hari orang, besok hari kita.Malang dan malapetaka itu tak dapat ditentukan (nasihat supaya beringat-ingat)Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagaimana hari takkan hujan, katak betung dalam telaga berteriak selalu.Selalu pergi bertamu ke rumah orang dengan tiada tentu saat ketikanya, tentulah perbuatan itu mendatangkan syak wasangka pada orang banyak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ada hari, ada nasi.Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada nyawa ada rezeki, b. Ada umur ada rezeki).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bersuluh tengah hari.Perbuatan yang pandir, bertanya tentang sesuatu yang sudah diketahui; mensia-siakan tenaga dan wang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bersuluh menjemput [= minta] api, b. Lagi terang lagi bersuluh).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lah panas hari, kacang lupa akan kulitnya.Orang yang tiada ingat akan asalnya setelah menjadi kaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345

Kembali ke atas