Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : barang-barang kepunyaan, berbagai-bagai barang yg berharga (sbg kekayaan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : segala barang yg berharga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harta (kata nama)
Bersinonim dengan wang ringgit, harta benda, kebendaan, kekayaan, kemewahan, pusaka;,
Kata Terbitan : berharta,

Peribahasa

Emas berpeti,
     kerbau berkandang.

Bermaksud :

Harta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerbau berkandung, emas berpura).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Dahan pembaji batang.Menggunakan harta benda tuannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Emas berpeti, kerbau berkandang.Harta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerbau berkandung, emas berpura).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kerbau kandang, emas berpura.Harta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat. (Peribahasa lain yang sama makna: Emas berpeti, kerbau berkandang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lemak penyelar daging.Memboroskan harta benda tuannya. penyelar = penggoreng.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mencucup benak orang.Mengambil harta benda orang lain dengan kekerasan; mengambil untung daripada orang miskin dan melarat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harap hendak melonjak, kopiah pesuk.Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hutan jauh diulangi, hutan dekat dikendana.Harta-benda (kaum keluarga) baik jauh ataupun dekat, hendaklah selalu dijaga. kendana = dijaga, diamat-amati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harap hendak meraup, tidak boleh menggenggam.Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah. (Peribahasa lain yang sama makna: Harap hendak melonjak, kopiah pesuk). meraup = mencedok dengan tangan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak mahu koyak kulit, koyak kain mahu juga.Hanya mahu berkorban dengan harta benda saja, tetapi tidak mahu mengorbankan diri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang.Kasih sayang hanya kerana memandang harta benda. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada wang abang saya, tak ada wang abang payah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas