Hawa pantang kerendahan, nafsu pantang kekurangan. | Hawa nafsu tiada mahu kalah daripada orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Diturutkan gatal tiba ke tulang. | Jika diturut kehendak hawa nafsu, akhirnya jadi binasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kerana mata buta, kerana hati mati. | Orang yang menurutkan hawa nafsunya, akhirnya akan binasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Turutkan rasa binasa, turutkan hati mati. | Orang yang menurutkan kemahuan hawa nafsunya, akhirnya akan binasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta. | Orang yang mengikutkan hawa nafsunya, tentu akan celaka akhirnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pantangan penghulu menyingsingkan lengan. | Orang yang berakal budi, tidak mudah terdorong oleh hawa nafsu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Langit berkelikir, bumi bertemberang; salah-salah fikir menjadi hamba orang. | Fikiran yang menurut hawa nafsu akhirnya membawa kepada kehinaan. berkelikir = bergelang-gelang rotan; temberang = tali temali di perahu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |