Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hé.bat] | هيبت

Definisi : (hébat) 1. teramat sangat atau luar biasa (gagah, dahsyat, kuat, elok, bagus, ramai, dll): pertengkaran ~ berbangkit dlm biliknya; sungguh ~ bunyi letupan malam tadi; 2. sl takut, segan: maka orang Pahang pun ~ rasanya melihat betul Hang Nadim me­marah itu; hebat-hebatan secara besar-besaran: puak pembangkang hendak melancarkan tunjuk perasaan secara ~; menghebat menjadi hebat, bertambah hebat: perompakan bank tahun ini ~ di Kuala Lumpur; menghebatkan 1. menjadikan hebat (banyak, besar, dll); 2. sl menakutkan: apakah yg ditakutkan dan dihebatkan? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hé.bat] | هيبت

Definisi : /hébat/ amat dahsyat dan me­ngerikan (bkn pergaduhan dll); amat kuat (bkn bunyi); terlalu gagah atau elok (bkn rupa dll): Selepas berjuang dgn ~nya, maka Hang Jebat pun mati ditikam oleh Hang Tuah. Sungguh ~ bunyi letupan itu. menghebat menjadi hebat; bertambah hebat: Kejadian pecah rumah mula ~ di kawasan itu. menghebatkan menjadikan hebat (kuat, besar dll): Pekerja-pekerja telah ~ usaha mereka utk menyiapkan projek yg besar itu. memperhebat menjadikan lebih hebat: Polis sedang ~ kegiatan mencari perompak-perompak itu. kehebatan hal atau keadaan hebat; kedahsyatan: ~ rupa dan gayanya tidak dpt dibayangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hebat (adjektif)
1. Bersinonim dengan unggul: agung, handal, ternama, terkenal, termasyhur, terbilang, gah,

2. Rujuk hangat 3

Kata Terbitan : menghebat, menghebatkan, memperhebat, hebat-hebatan, kehebatan,

Puisi
 

Teluk Emas Tanjung Ketapang,
     Tempat Uda mengail tenggiri;
Bersalut emas hebat dipandang,
     Sayang bahasa ke mana pergi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Rupa harimau hati tikus.

Bermaksud :

Rupa saja yang hebat dan garang, tetapi pengecut.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kerja sebarang hebat, kasih sebarang tempat.Bekerja dengan tidak menurut peraturan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Rupa harimau hati tikus.Rupa saja yang hebat dan garang, tetapi pengecut.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Telah ke tengah makan api.Perselisihan yang hebat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berkelahi seperti labah-labah dalam gelas.Perkelahian yang sangat hebat di tempat yang sangat sempit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti penjajap berpaling hendak hilir.Perempuan yang berjalan keluar dari rumahnya, hebat dan menarik. penjajap = kapal perang orang Melayu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Misai bertaring bagai penglima, sebulan sekali tak bunuh orang.Rupa saja yang hebat dan garang, tetapi penakut.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kerja sebarang hubah, kasih sebarang tempat.Kerja apa pun suka, kepada siapa pun kasih. (Bandingkan dengan: Kerja sebarang hebat, kasih sebarang tempat). hubah = suka.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas