Hendak menebang merebahkan, hendak mencencang memutuskan. | Hendak berbuat sesuka hati saja, tanpa memikirkan sesuatu yang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Diberi sejengkal hendak sehasta, diberi sehasta hendak sedepa. | Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah, b. Seperti Belanda minta tanah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak mara bedil bertinak, hendak undur gelar telah besar. | Keadaan yang serba salah pada orang yang telah diberi pangkat; hendak memelihara tarafnya tiada cukup wangnya, hendak undur malu kerana pangkatnya sudah tinggi. bertinak = tak putus-putus datang, bertubi-tubi; mara = maju. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak tinggi terlalu, jatuh. | Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus, c. Hendak panjang terlalu, patah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belum pandai membuang hingus sudah hendak berjuang lidah. | Hendak berlagak seperti orang tua-tua. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum betul membilang jari, sudah hendak berkuasa sendiri, b. Belum lepas tali uri sudah hendak bangkit berdiri). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti Belanda minta tanah. | Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah, b. Diberi betis hendak paha, c. Diberi sejengkal hendak sehasta, diberi sehasta hendak sedepa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah (= mulia) bertabur urai, hendak berani berlawan ramai. | Hemat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak sombong berbini banyak, hendak megah berlawan lebih. | Kerana hendak memperlihatkan ketinggian diri, maka hidup dalam kesukaran. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Besar hendak melanda, panjang hendak melindih. | Sesudah berkuasa lalu hendak bermaharajalela. lindih = tindih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belum lepas tali uri sudah hendak bangkit berdiri. | Hendak berlagak seperti orang tua-tua. (Peribahasa lain yang sama makna: Belum betul membilang jari, sudah hendak berkuasa sendiri). uri = tembuni. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |