| Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. | Suka ikut campur dalam urusan orang lain; menonjol-nonjolkan diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hidung sudah rampung diatur orang. | Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai jelongak kerbau rampung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hidung dicium, pipi digigit. | Kasih sayang yang pura-pura saja; menyembunyikan perbuatan jahat dengan perbuatan baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Potong hidung rosak muka. | Berbuat kurang baik terhadap kaum keluarga maka kita sendiri akan mendapat malu juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tercocok hidung. | Membeli barang yang buruk dengan harga mahal; tertipu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Beroleh (= mendapat) hidung panjang. | Mendapat malu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mendapat panjang hidung. | Mendapat malu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Putus tali keluan, putus keluan rampung hidung. | Perselisihan yang tidak dapat diperdamaikan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Putus kelikir, rampung hidung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menguak-nguak bagai hidung gajah. | Bernafas terengah-engah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Putus kelikir, rampung hidung. | Perselisihan yang tidak dapat diperdamaikan lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |