Mati di sisi yang hidup, hidup di sisi yang mati. | Orang jahat yang telah menghilangkan diri dianggap seperti orang yang sudah mati; orang berjasa yang meninggal dunia dianggap masih hidup juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti kambing dikuliti hidup-hidup. | Kesakitan yang amat sangat; dalam keadaan yang amat sukar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa (= berfaedah). | Berbuat baiklah semasa masih hidup untuk diri sendiri dan untuk masyarakat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hidup tidak kerana doa, mati tidak kerana sumpah. | Berusahalah dengan tenaga dan fikiran sendiri, dan jangan mengharapkan sangat pertolongan orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hidup sandar-menyandar umpama aur dengan tebing. | Suami isteri yang berkasih-kasih; sahabat yang setia dan bertolong-tolongan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hidup dua muara. | Hidup dengan dua macam pencarian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. | Dalam hidup manusia ada kalanya senang dan ada kalanya susah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah. | Lebih baik mati daripada menanggung malu. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar berputih tulang, jangan berputih mata). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ganti hidup berkeredaan, ganti mati berkebulatan. | Mencari ganti seseorang ketua harus dengan muafakat. reda = rela, senang hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Selompat hidup, selompat mati. | Menghadapi bahaya maut (perempuan yang susah bersalin atau orang yang sakit berat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |