Menyuruk (menyorok) hilang-hilang, memakan habis-habis. | Jika merahsiakan sesuatu hendaklah dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memakan habis-habis, menyuruk [menyorok] hilang-hilang, b. Membuhul jangan membuku, mengulas jangan mengesan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memakan habis-habis, menyuruk (menyorok) hilang-hilang. | Jika merahsiakan sesuatu hendaklah dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Membuhul jangan membuku, mengulas jangan mengesan, b. Menyuruk [menyorok] hilang-hilang, memakan habis-habis). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Membuhul jangan membuku, mengulas jangan mengesan. | Jika merahsiakan sesuatu hendaklah dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memakan habis-habis, menyuruk [menyorok] hilang-hilang, b. Menyuruk [menyorok] hilang-hilang, memakan habis-habis). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kasih sepantun tulisan pinggan. | Kasih yang tak hilang-hilang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berani hilang tak hilang, berani mati tak mati. | Siapa yang berani akhirnya akan menang juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tunggang hilang, tak hilang. | Siapa yang tetap hati (berani mati dan sebagainya), akan mencapai maksudnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hilang bahasa lenyap bangsa. | Apabila sesuatu bahasa itu sudah tidak terpakai lagi maka lambat-laun hilanglah bangsa itu; hilang budi bahasa hilang derajat (darjat) diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hilang tukul hilanglah pahat. | Tidak dapat melakukan sesuatu pekerjaan kalau tidak berteman. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hilang tentu rimbanya, mati tentu kuburnya. | Sesuatu hal atau perkara yang sudah tentu kesudahannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hilang sepuh nampak senam. | Tampak kejahatannya, sesudah terbuka rahsianya. sepuh = sadur; senam = warna yang asal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |