Seperti dedalu api hinggap ke pohon kayu: hinggap ke batang, batangnya mati; hinggap ke ranting, rantingnya patah. | Orang yang jahat (khianat) apabila berhimpun dengan orang baik-baik, nescaya binasalah orang baik-baik itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hinggap seperti benalu. | Menumpang, kemudian merosakkan tempat tumpangannya itu. benalu = pasilan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hinggap bak langau, titik bak hujan. | Hal yang terjadi dengan tiba-tiba (kemalangan dan sebagainya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ayam putih terbang siang, hinggap di halaman, terang kepada mata orang banyak. | Perkara yang nyata mudah ketahuan. (Biasa juga: Ayam putih terbang siang, hinggap di kayu merasi, bertali benang bertambang tulang; atau Ayam putih terbang siang, bertali benang bertambang tulang, hinggap di kayu meranting). merasi (merarasi) = kayu yang gugur semua daunnnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ayam hitam terbang malam bertali ijuk, bertambang tanduk, hinggap di kebun rimbun. | Kejahatan (perkara dan sebagainya) yang dilakukan di dalam sulit, sukar diketahui. (Biasa juga: Ayam putih terbang siang, hinggap ke rimba dalam, bertali ijuk bertambang tanduk; atau Ayam hitam terbang malam, hinggap pada pohon mempelam; atau Ayam hitam terbang malam, berdebas bunyinya). tambang = pancang untuk mengikatkan tali ayam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak hinggap tiada berkaki. | Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya. (Peribahasa lain yang sama makna: Hendak terbang tiada bersayap). (Bandingkan dengan: Sampan ada pengayuh tidak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mara hinggap mara terbang, mara bergesel sambil lalu, enggang lalu ranting patah. | Tidak bersalah tetapi ikut terlibat dalam sesuatu kesalahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hinggap saja bagai langau. | Hal yang terjadi dengan tiba-tiba (kemalangan dan sebagainya). Peribahasa lain yang sama makna: Hinggap bak langau, titik bak hujan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terbang bertumpu, hinggap mencengkam. | Jika merantau hendaklah mencari keluarga atau kawan kenalan tempat menumpangkan diri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hinggap mencengkam [dahan], terbang menumpu [dahan]). (Bandingkan dengan: a. Datang nampak muka, pergi nampak belakang, b. Datang tampak muka, pulang tampak punggung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hinggap mencengkam (dahan), terbang menumpu (dahan). | Jika merantau hendaklah mencari keluarga atau kawan kenalan tempat menumpangkan diri. (Bandingkan dengan: a. Datang nampak muka, pergi nampak belakang, b. Datang tampak muka, pulang tampak punggung). (Peribahasa lain yang sama makna: Terbang bertumpu, hinggap mencengkam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |