| Hujung lurus, pangkal berkait. | Kelihatannya baik, teta[I di dalam hatinya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lurus bagai piarit, b. Telunjuk lurus, kelingking berkait). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mengadu hujung jarum (= penjahit). | Melakukan sesuatu pekerjaan yang sangat sukar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ujung (hujung) lurus, pangkal berkait. | Kelihatannya baik, tetapi di dalam hatinya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lurus bagai piarit, b. Telunjuk lurus, kelingking berkait). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berteras ke hujung dahan. | Suami yang tunduk di bawah perintah isterinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berniaga di hujung lidah. | Orang pandai yang tak jujur, suka menipu dan sebagainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berkelahi di hujung batang, berbaik di pangkal batang. | Orang berkelahi atau bertengkar yang akhirnya berbaik kembali. (Bandingkan dengan: Biduk lalu kiambang bertaut). (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bergantung di hujung kuku. | Dalam keadaan yang sangat berbahaya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bergantung [di] rambut sehelai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Embun di hujung rumput. | Tiada kekal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hidup di hujung gurun orang. | Hidup melarat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jadi penghubung hujung lidah (= mulut). | Orang yang menyampaikan pesan seseorang dalam suatu perundingan atau peralatan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |