| Neraca berbatu intan. | Hukuman yang seadil-adilnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bak ajung berat sebelah. | Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai limau masam sebelah, b. Bagai perahu karam sebelah). ajung = jung, sebangsa kapal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai perahu karam sebelah. | Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai limau masam sebelah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai limau masam sebelah. | Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Nasi masak periuk pecah. | Hukuman yang sudah putus tak dapat dibanding (diapel) lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Rumah sudah tukang berbunuh (= dibunuh). | Hukuman yang tak dapat dibanding (apel) lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Limau masak sebelah, perahu karam sekerat. | Hukuman yang berat sebelah kerana memandang orang, kedudukan dan sebagainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Memanjat pokok cekur boleh jatuh mati. | Hukuman yang berat kerana kesalahan yang sedikit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Memancung tinggi-tinggi, menebang rendah-rendah. | Hukuman diminta yang setinggi-tingginya, tetapi yang dijatuhkan ialah yang serendah-rendahnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menimbang (= mengati) sama berat, mengukur sama panjang. | Hukuman yang tiada berat sebelah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |