Kalau ibu kaya anak jadi puteri, kalau anak kaya ibu jadi budak. | Perbezaan antara kesayangan ibu dengan kesayangan anak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kecil dikandung ibu, besar dikandung adat, mati dikandung tanah. | Orang hidup hendaklah pandai menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti anak ayam kehilangan induk (= ibu). | Kesusahan kerana bercerai dengan sahabat yang karib; rakyat yang kehilangan pemimpin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti cebok (= gayung) dengan tempayan. | Ibu bapa menghimpunkan harta, anaknya menghabiskan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan meludah ke langit. | Jangan mengeji (mencela) ibu bapa atau saudara mara sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kering tempayan, cebok pun jauhlah. | Setelah harta ibu bapanya habis, anak-anak pun menjauhkan diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Minyak duyung perendang duyung. | Menghabiskan harta tuannya (= ibu bapanya) sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bomoh mencari orang sakit. | Orang perempuan mencari suami; ibu bapa mengemukakan anak gadisnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kasih saudara sama ada, kasih bapa menokok harta, kasih ibu sama rata, kasih sahabat sama binasa. | Kasih yang sama beradalah kasih yang sempurna, sebab biar bagaimanapun kasih seseorang itu akan kawannya namun kerana harta akan bercerai juga akhirnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Upah bidan pun tak terbayar. | Anak-anak nakal yang menyusahkan ibu bapanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |