Seperti cebok (= gayung) dengan tempayan. | Ibu bapa menghimpunkan harta, anaknya menghabiskan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan meludah ke langit. | Jangan mengeji (mencela) ibu bapa atau saudara mara sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bomoh mencari orang sakit. | Orang perempuan mencari suami; ibu bapa mengemukakan anak gadisnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di mana tempat kutu hendak makan kalau tidak di atas kepala. | Menghabiskan harta ibu bapa atau harta majikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai bertemu (= makan) buah si malakamo; dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu. | Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Bandingkan dengan: Lalu hangus, surut layu). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai memegang buah kepantangan beruk; ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, b. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, c. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, d. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, e. Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa, f. Kuda tua: diperkerjakan tak boleh, nak dibunuh sayang, g. Seperti Kur'an [Quran] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai tekukur mengikut kata. | Anak angkat yang boleh diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa. | Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, e. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, f. Seperti Kur'an [Quan] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa. | Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, e. Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa, f. Kuda tua: diperkerjakan tak boleh, nak dibunuh sayang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bulat waris mengadakan buapak, bulat buapak mengadakan lembaga. | Kata sepakat waktu mengangkat datuk lembaga. buapak = kependekan daripada ibu dan bapa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kasih saudara sama ada, kasih bapa menokok harta, kasih ibu sama rata, kasih sahabat sama binasa. | Kasih yang sama beradalah kasih yang sempurna, sebab biar bagaimanapun kasih seseorang itu akan kawannya namun kerana harta akan bercerai juga akhirnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |