| Mengepit induk ayam. | Mengemukakan orang yang penakut di dalam perundingan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai menggelikan induk ayam. | Memberanikan orang penakut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tersabung akan induk ayam (= akan itik). | Tidak tepat dengan dugaan semula; kecewa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sebagai di rumah induk bako. | Merasa aman dan tenteram. bako = sekalian keluarga daripada pihak bapa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti anak ayam kehilangan induk (= ibu). | Kesusahan kerana bercerai dengan sahabat yang karib; rakyat yang kehilangan pemimpin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti kucing biang. | Berkeluh kesah tak tentu sebab. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti kodok ditimpa kemarau). biang = induk atau gatal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berinduk semang kepada janda, bagai dokoh tali anjing. | Orang yang masih membuat perhubungan dengan jandanya ialah suatu perbuatan yang dicerca oleh orang ramai. dokoh = perhiasan leher; induk semang = perempuan yang punya rumah tempat orang menumpang; orang yang memberi pekerjaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |