| Itik tak sudu, ayam tak patuk. | Tersisih daripada pergaulan kerana kemiskinan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Itik mendapat air. | Memperoleh sesuatu yan sangat digemarinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Itik dimandikan takkan basah. | Orang yang degil tidak akan mendengar nasihat atau ajaran. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Itik diajar berenang. | Membuat pekerjaan yang sia-sia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Itik bertaji. | Sangat penakut, tetapi sombong. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai itik pulang petang. | Berjalan lambat dan lamban (perempuan atau orang yang gemuk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Memandikan itik. | Pengetahuan yang baik tidak berguna kepada orang yang tidak menghendakinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti itik mendengar guntur. | Mengharapkan keuntungan yang belum tentu diperoleh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ayam itik, raja pada tempatnya. | Tiap-tiap orang ahli dalam urusannya masing-masing. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menghinggut bagai itik pulang petang. | Berjalan beriring-iring sangat lambat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |