| Apa tampangnya, itulah tumbuhnya. | Hasil sesuatu pekerjaan itu menurut ukuran usaha yang kita kerjakan. tampang = benih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Barang yang dikata, itulah kota. | Janji hendaklah ditepati. (Peribahasa lain yang sama makna: Siapa yang berkata harus berkota). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kilangan patah awak itulah menghimpitnya. | Mendapat celaka kerana kesalahan sendiri. kilangan = apitan tebu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Telinga yang lembut, itulah yang kerap dipulas. | Orang yang pemurah kerap kali menjadi tempat tumpuan orang meminjam; orang yang penurut selalu menjadi kuda-kuda orang yang kuat dan berkuasa. pulas = pilin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tidaklah telaga mendapatkan timba. | Orang yang berhajat itulah yang mesti pergi kepada orang yang dihajatinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Siapa yang berkata harus berkota. | Janji hendaklah ditepati. (Peribahasa lain yang sama makna: Barang yang dikata, itulah kota). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |