Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jahat;

Puisi
 

Senggarang Batu Pahat,
     Emak garang bapa jahat;


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Bagaimana ditanam,
     begitulah dituai.

Bermaksud :

Berbuat jahat dibalas jahat; berbuat baik dibalas baik.

 

Lihat selanjutnya...(163)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Terpijak benang arang, hitam tapak.Berbuat jahat, jahat balasannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagaimana ditanam, begitulah dituai.Berbuat jahat dibalas jahat; berbuat baik dibalas baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau baik disebut orang; kalau jahat, jahatlah.Perbuatan yang baik akan disebut baik, perbuatan yang jahat akan disebut jahat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ada ubi ada talas, ada budi ada balas.Berbuat baik dibalas baik, berbuat jahat dibalas jahat; tiap-tiap aksi ada reaksinya. (Bandingkan dengan: Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tepuk berbalas, alang berjawab.Jahat dibalas dengan jahat, baik dibalas dengan baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti anjing menggonggong bangkai.Lelaki jahat yang membawa perempuan jahat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adakah buaya menolak bangkai?Seorang jahat tentu akan berbuat jahat, kalau ada kesempatan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jikalau di hulu airnya keruh, tak dapat tidak di hilirnya keruh juga.Jikalau dari mula sudah kusut maka sukarlah untuk menyelesaikan; kalau sudah biasa jahat maka jahat juga kesudahannya. (Bandingkan dengan: Di hulu keruh di hilir pun tentu keruh juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ada bangkai, adalah hering.Ada perempuan jahat, adalah lelaki jahat yang mengunjunginya. hering = burung pemakan bangkai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lalat memanglah mencari puru.Lelaki yang jahat memang mencari perempuan jahat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678910...

Kembali ke atas