Pusat jala pumpunan ikan. | Menjadi tempat tumpuan atau menjadi pusat berbagai-bagai hal. pumpunan = tempat berkumpul. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sambang penuh jala terletak, laut kering ikan mengempas. | Usaha yang berhasil dengan baik sekali. sambang = keruntung ikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti membubul jala buruk. | Penat yang sia-sia. membubul = memperbaiki jala dan pukat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan. | Pekerjaan yang sulit yang harus dikerjakan dengan hati-hati sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Tali jangan putus, kaitan jangan serkah). (Bandingkan dengan: Ular biar mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan pukah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ikan terkilat (= terkilap) jala tiba. | Sangat cepat menangkap maksud perkataan orang: tindakan yang cepat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tali jangan putus, kaitan jangan serkah. | Menyelesaikan sesuatu perkara (sengketa) hendaklah dengan seadil-adilnya, sehingga kedua-dua belah pihak berpuas hati. (Bandingkan dengan: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ular biar mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan pukah. | Menyelesaikan sesuatu perkara (= menghukum, memperdamaikan) hendaklah dengan adil, sehingga kedua-dua belah pihak merasa puas hati. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menarik rambut di dalam tepung, b. Seperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak). (Bandingkan dengan: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |