Janda berhias. | Janda yang belum beranak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Janda belum berlaki. | Gadis yang sudah ditinggalkan oleh lelaki yang menjadi kekasihnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana janda baru bangun tidur. | Perempuan yang benar-benar cantik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berinduk semang kepada janda, bagai dokoh tali anjing. | Orang yang masih membuat perhubungan dengan jandanya ialah suatu perbuatan yang dicerca oleh orang ramai. dokoh = perhiasan leher; induk semang = perempuan yang punya rumah tempat orang menumpang; orang yang memberi pekerjaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Apa sakit berbini janda, anak tiri boleh disuruh. | Alasan yang berlawanan dengan maksud yang sebenarnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai bertandang ke rumah janda. | Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ayam naik ke surau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Batik Semarang, makin dicuci makin terang. | Perempuan janda yang lebih cantik daripada semasa gadisnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertandang ke surau. | Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai ayam naik ke surau, b. Bagai bertandang ke rumah janda). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |