Jangan memangku ayam jantan, baik memangku ayam betina. | Rezeki yang halal itu lebih baik daripada rezeki yang haram. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Perkataan mengekor itik jantan. | Menyindir dan menyombongkan diri. mengekor = macam ekor. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mencongak (= mendongak) rupa kerbau jantan kemudian. | Lelaki yang berjalan dengan cemburu di belakang isterinya. mencongak = mengangkat kepala, mendongak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Betung bulat tak bersegi, pipit jantan tak bersarang. | Anak bujang atau anak dagang yang bebas berjalan ke mana-mana saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti puyuh, mahu yang betina daripada yang jantan. | Suami yang hanya mengharapkan pencarian isterinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terkilat ikan dalam air, (aku) sudah tahu jantan betina. | Sangat pandai dan awas dalam menangkap perkataan orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti keroncor dengan belangkas. | Persahabatan yang karib. keroncor = ketam besar jantan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bandot tua makan lalap muda. | Lelaki tua beristerikan perempuan muda. bandot = kambing jantan; lalap = ulam, daun muda. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gelagah boreh rambutan, orang berbunga dia berbunga, orang berbuah dia tidak. | Orang yang meniru-niru perbuatan orang lain kerana mengharapkan keuntungan, tetapi perbuatannya itu sia-sia belaka. (Bandingkan dengan: Berbunga sama berbunga: yang lain berbuah, dia tidak). gelagah boreh = rambutan jantan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |