Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jan.tung] | جنتوڠ

Definisi : 1. organ berotot yg mengepam darah ke seluruh badan; debar ~ gerakan jantung; 2. benda yg berbentuk spt jantung; ~ betis daging yg terdapat pd betis, buah betis, anjing-anjing; ~ hati a) orang yg sangat dikasihi; b) hati (pusat segala perasaan); ~ paha daging yg terdapat pd paha; ~ pisang kuntum bunga pisang; ~ tangan daging yg terdapat pd tangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jan.tung] | جنتوڠ

Definisi : ; ~ badak sj tumbuhan (pokok), jelutung badak, Ervatamia hirta; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jan.tung] | جنتوڠ

Definisi : 1 organ di dlm rongga dada yg mengepam darah ke seluruh bahagian badan: Darah bersih dr ~ mengalir ke seluruh tubuh. 2 sesuatu yg bentuknya spt jantung 1: gasing ~. ~ betis daging yg terdapat pd betis. ~ hati a. orang yg sangat dikasihi. b. hati atau pusat bagi segala perasaan. ~ pisang kuntum bunga pisang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jantung

Puisi
 

Jantung ini jantung sekerat,
     Limau purut dalam ceper;
Pantun ini pantun ibarat,
     Dalam perut mencari fikir.


Lihat selanjutnya...(51)
Peribahasa

Makan hati,
     berulam jantung.

Bermaksud :

Bersusah hati kerana perbuatan orang lain yang menyedihkan hati.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Hati bagai pelepah, jantung bagai jantung pisang.Orang yang tidak ada perasaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Makan hati, berulam jantung.Bersusah hati kerana perbuatan orang lain yang menyedihkan hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau tak sir berdegak, sir melayang.Jika barang yang diinginkan tidak diperolehi maka hilanglah daya upaya. tak sir = tak indah, tak mahu (Kelantan); berdegak = bunyi seperti menelan air atau bunyi jantung.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas