| Jari kudung dimasukkan cincin. | Berbuat sesuatu tidak pada tempatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menggigit jari (= telunjuk). | Kecewa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak. | Hukuman yang kurang adil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mengadu buku jari (= buku lima). | Berkelahi dengan menggunakan tinju. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Belum betul membilang jari, sudah hendak berkuasa sendiri. | Hendak berlagak seperti orang tua-tua. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sekatalah jengkal dengan jari. | Bersesuaian antara pekerjaan dengan orang yang membuatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Biar kena tampar dengan jari yang bercincin daripada kena jentik dengan tangan yang berkudis. | Jikalau tersalah dalam sesuatu perkara, biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh orang yang berilmu, daripada dianiaya oleh orang kecil yang tak tahu apa-apa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dapat dihitung (= dibilang) dengan jari. | Sangat sedikit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tak akan lebih jengkal daripada jari. | Tidak akan berdaya seseorang itu berbuat lebih daripada kesanggupannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari. | Masa kecillah diajar dan dididik, jangan ditunggu sampai sudah besar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masa lagi rebunglah hendak dilentur, jangan dinantikan sampai menjadi aur, b. Melentur biarlah waktu rebung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |