Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.bat] | جبت

Definisi : kesturi; musang ~ sj musang yg meng­hasilkan kesturi, musang kesturi; jebat-jebatan berbagai-bagai jenis bau-bauan yg harum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jebat

Puisi
 

Musang jebat di Kampung Cik Raoh,
     Dari jauh disangka kucing;
Hujan lebat air pun keruh,
     Cuba-cuba turun memancing.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Bagai melulutkan jebat pada kerbau.

Bermaksud :

Pemberian yang tidak sesuai dengan tempatnya. melulutkan = menggosok tubuh dengan pelutut; jebat = sebangsa kasturi.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Musang jebat lari tinggal baunya.Orang yang baik atau jahat itu, apabila pindah ke tempat lain, namanya akan disebut-sebut orang juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai melulutkan jebat pada kerbau.Pemberian yang tidak sesuai dengan tempatnya. melulutkan = menggosok tubuh dengan pelutut; jebat = sebangsa kasturi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat.Orang yang tidak berilmu tidaklah mungkin mendapat kedudukan baik. (Bandingkan dengan: a. Anak harimau takkan menjadi anak kambing, b. Anak kambing takkan menjadi anak harimau).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anak kambing takkan menjadi anak harimau.Orang yang pengecut tetap pengecut. (Bandingkan dengan: a. Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat, b. Anak harimau takkan menjadi anak kambing).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anak harimau takkan menjadi anak kambing.Orang yang berani takkan penakut. (Bandingkan dengan: a. Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat, b. Anak kambing takkan menjadi anak harimau).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas