| Seperti bunyi gung tertangkup. | Kata-kata yang tidak jelas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti tabuhan di dalam tukil. | Gema suara yang kurang jelas hujung pangkalnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tak tentu hilir mudiknya. | Belum ada keputusannya; maksudnya tidak jelas. (Bandingkan dengan: Tidak mengetahui hulu hilirnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menyauk kering-kering, membeli habis-habis. | Menyelidiki sesuatu hal sampai jelas; menuntut ilmu hendaklah sampai ke penghabisannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Memetik kecapi bertali sumbang, seperti serunai berbunyi gambang. | Percakapan yang tidak jelas sehingga menimbulkan salah faham orang yang mendengarnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Memasang pelita tengah hari. | Memberi keterangan tentang sesuatu perkara yang sudah jelas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Telah berbau bagai embacang. | Rahsia yang sudah diketahui orang; perkara yang sudah jelas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |