Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; menjenguk 1. melihat (meman­dang) dgn menghulurkan kepala ke hadapan atau dgn membongkok, menjengah: setelah mendengar bunyi kereta berhenti di ha­dapan rumahnya, Aminah pun ~ keluar utk melihat tetamu yg datang itu; 2. = men­jenguk-jenguk mengunjungi, me­ne­ngok: kalau ada masa lapang, datanglah ~ pak cik di kampung ini; menjengukkan; ~ kepala menghulurkan kepala (keluar dll); terjenguk dlm keadaan terhulur ke hadapan (bkn kepala, muka): kepalanya ~ dr daun pintu yg terbuka perlahan-lahan; terjenguk-jenguk mencari-cari atau me­lihat-lihat sesuatu dgn menjengukkan kepala: dia ~ spt mencari seseorang yg dikenalinya; yg menunggu ketibaan sanak saudara ke­lihatan ~ memandang kereta api itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; menjenguk 1 melihat dgn menghulurkan kepala ke hadapan atau dgn membongkok; menjengah: Amin ~ ke luar utk melihat siapa yg baru datang itu. 2 menengok-nengok; mengunjungi; menziarahi: Ia selalu juga ~ orang tuanya di kampung. menjengukkan; ~ kepala menghulurkan kepala ke luar (jendela, pintu dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jenguk
Rujuk :jengah

Peribahasa

Tengok jenguk pandang-pandang,
     jangan sampai landak ditendang!

Bermaksud :

Jangan mudah menghina atau merendahkan orang kecil kerana ada waktunya ia akan melawan atau melebihi kita.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Jenguk pandang tindai-tindai; usul-usul, asal-asal, jangan ditinggalkan.Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan lebih baik diperiksa dan diselidiki dulu, supaya selamat dan sempurna pekerjaan itu. tindai-tindai = lihat dengan perhatian yang saksama kalau-kalau ada yang salah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tengok jenguk pandang-pandang, jangan sampai landak ditendang!Jangan mudah menghina atau merendahkan orang kecil kerana ada waktunya ia akan melawan atau melebihi kita.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kulit hitam orang tengok, tulang putih siapa jenguk.Orang yang pada lahirnya kelihatan jahat, tetapi niat di hatinya baik tidak seorang pun yang tahu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas