Pelanduk melupakan jerat, tetapi jerat tidak melupakan pelanduk. | Bahaya yang sentiasa mengancam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jerat tiada lupa akan balam, tetapi balam lupa akan jerat. | Sudah lupa akan bahaya, tetapi sebenarnya bahaya masih tetap mengancam. balam = burung tekukur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jerat serupa jerami. | Tipu daya yang tersembunyi di dalam kesukaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jerat semata bunda kandung. | Anak seorang yang sangat disayangi dan dimanjakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jerat halus kelindan sutera. | Tipu muslihat yang sangat halus. (Peribahasa lain yang sama makna: Jarum halus kelindan sutera). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menahan jerat di tempat genting. | Mencari keuntungan dalam keadaan kacau; mengambil keuntungan daripada orang yang sedang menderita kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: Memancing di air keruh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pasangan jerat sembilan mata, pelanduk terjerat terkial-kial, mata satu (pisau) penyudahnya. | Bergotong-royong mengerjakan sesuatu usaha yang berat tetapi yang mendapat faedahnya hanya seorang saja. terkial-kial = bergerak sekuat-kuatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tahan jerat sorong kepala. | Hendak mencelakakan orang, tetapi diri sendiri yang mendapat celaka. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terpasang jerat halus. | Terkena tipu muslihat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai menjenguk jerat sial. | Melawat sesuatu tempat tetapi hanya sebentar saja; orang yang gemar berjalan-jalan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |