Jika ada padi, tentu ada hampanya; jika ada hati tentu terasa. | Siapa merasa tersindir, dialah yang berbuat sebagai yang disindirkan itu. (Peribahasa lain yang sama makna: Jika ada padi berhampalah; jika ada hati berasalah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jika diturut hati yang geram, hilang takut timbul berani. | Sebacul-bacul orang apabila telah marah akan menjadi berani. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jika bunga tak hendak dipersunting, boleh dibuat peraksi kain. | Perempuan yang baik budi pekertinya, walau sudah tua (rupa hodoh), boleh juga menjadi ketua rumah. raksi = bau-bauan yang harum; peraksi = bunga-bungaan dan sebagainya untuk mengharumkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jika berpuluh-puluh kali batang beralih (= bertindih), cacing di bawah juga. | Walaupun orang besar-besar silih berganti datang dan perginya, namun rakyat tetap seperti itu juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jika berjumbai tempat bergantung. | Tanda yang dapat dijadikan punca penyelidikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jika baik ada cacatnya. | Tidak ada yang sempurna benar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mencapat sagu. | Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan, b. Kurang sisik, tinggal lidi di buku; kurang selidik, tinggal kaji di guru, c. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jika tiada tersapu arang di muka, baiklah mati daripada hidup. | Lebih baik mati daripada hidup menanggung malu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jika terjamah benda bertuan, alamat nyawa akan melayang. | Orang yang mengganggu rumah tangga orang lain tak dapat tiada akan menerima akibatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jika tak lalu dandang di air, di gurun dirangkakkan (= ditanjakkan). | Untuk menyampaikan maksudnya, maka segala daya upaya akan dilakukan. dandang = sebangsa perahu; tanjakan = pendakian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |