Bagaimana tidak kumbang jinak terbang beredar, jika tidak kerana bunga kembang di taman. | Bagaimana pemuda-pemuda tidak berulang-alik di dekat rumah, jika tidak kerana perawan cantik ada di situ. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air jernih, ikannya jinak. | Negeri yang aman dan teratur, rakyatnya berbudi bahasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di mana bunga kembang, di situ kumbang banyak. | Di mana ada gadis, di situ ada anak-anak muda. (Bandingkan dengan: Bagaimana tidak kumbang jinak terbang beredar, jika tidak kerana bunga kembang di taman). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |