Betapapun lurus paku, hujungnya berbentuk juga. | Orang yang biasa jahat itu, biarpun kelihatan baik, tetapi hatinya masih jahat juga. (Lihat juga: Lurus-lurus ekor anjing, walau bagaimanapun ada juga bengkoknya). paku = pakis. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Nan lurah (= rendah) juga diturut air. | Orang yang kaya juga yang bertambah-tambah kekayaannya. (Bandingkan dengan: Lurah juga diturut air, bukit juga dilejang panas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lurah juga diturut air, bukit juga dilejang panas. | Orang yang berpengaruh juga yang mendapat penghormatan dan orang yang biasa jahat pula yang selalu dituduh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Yang ombak itu ombak juga, yang air itu air juga. | Orang kaya itu kaya juga dengan kikir dan tamaknya; orang miskin itu miskin juga dengan melarat dan sebagainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lurus-lurus ekor anjing, walau bagaimanapun ada juga bengkoknya. | Orang yang sudah biasa berbuat jahat itu sekali-sekali akan berbalik juga hatinya hendak berbuat jahat. (Lihat juga: a. Betapapun lurus paku, hujungnya berbentuk juga, b. Betul, betul ekor anjing; walau bagaimanapun ada juga bengkoknya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kuda itu kuda juga, keldai itu keldai juga. | Tiap-tiap suatu itu akan kembali kepada asalnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gigi dengan lidah ada kalanya bergigit juga. | Kerap kali juga timbul perselisihan antara suami isteri, sanak saudara dan sahabat handai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau sesangkar sekalipun, yang bayan itu bayan juga; serindit, serindit juga. | Manusia itu tetap berbeza, sekalipun berasal daripada satu keluarga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sepanjang-panjang tali berhujung juga. | Biar berapa lama juga hidup, akhirnya akan mati juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Betul, betul ekor anjing; walau bagaimanapun ada juga bengkoknya. | Orang yang biasa jahat itu, biarpun kelihatan baik, tetapi hatinya masih jahat juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Betapapun lurus paku, hujungnya berbentuk juga, b. Lurus-lurus ekor anjing, walau bagaimanapun ada juga bengkoknya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |