Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.but] | کابوت

Definisi : 1. kabus tebal; 2. kabur, kelam, tidak nyata; kelam-~ = kalang-~ a) gelap, tidak nyata; b) kacau-bilau, tidak keruan; jangan disesar gunung berlari, hilang ~ tampaklah dia prb tidak usah tergesa-gesa menger­jakan sesuatu pekerjaan yg telah pasti jadi; terang ~, teduh hujan prb merasa kesenangan selepas menderita; berkabut 1. dilindungi (dikelubungi) kabut, tidak jelas (nyata dll), agak gelap; 2. ki sedih, suram; kekabutan keadaan kabut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.but] | کابوت

Definisi : ; ark mengabutkan mengebaskan (pakaian dll); ®kebut II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.but] | کابوت

Definisi : 1 wap air spt asap yg lebih tebal drpd kabus. 2 tidak terang; kabur; kelam. kelam-~, = kalang-~ a. gelap; tidak terang. b. kacau-bilau; huru-hara. berkabut 1 dilindungi atau ditutupi kabut; tidak terang; agak gelap. 2 ki sedih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kabut

Puisi
 

Tiga belas dayung kupaut,
     Hendak berdayung tanah seberang;
Hati di dalam kelam kabut,
     Tidak kulupa kepada abang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Takkan lari gunung dikejar,
     hilang kabut tampaklah dia.

Bermaksud :

Sesuatu yang sudah pasti.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Terang kabut, teduh hujan.Telah mendapat kesenangan sesudah menderita kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang kabus, teduh hujan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Takkan lari gunung dikejar, hilang kabut tampaklah dia.Sesuatu yang sudah pasti.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak keruh laut oleh ikan, tak runtuh gunung oleh kabut.Adat yang mutlak tidak akan berubah oleh faham (fikiran, aturan dan sebagainya) yang baru.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hilang kabus, teduh hujan.Telah mendapat kesenangan sesudah menderita kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: Terang kabut, teduh hujan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas