| Kalau kahwin ke Batubara, kalau mati ke Melaka. | Perihal orang yang mencari yang enak dan senang saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kawin (kahwin) naik basuh kaki saja. | Kahwin dengan tidak kena belanja apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: Naik ke rumah bercuti kaki saja). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sehari kahwin, sehari tua; sehari beranak, sehari gila. | Orang muda yang sudah kahwin dianggap sudah masuk golongan tua (fikiran dan kelakuan), pada waktu dapat anak gembiralah ia seperti gila. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Naik ke rumah bercuci kaki saja. | Kahwin dengan tidak kena belanja apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: Kawin [kahwin] naik basuh kaki saja). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Meriba puan kosong. | Kahwin dengan gadis yang sudah rosak maruahnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lepas bantal berganti tikar. | Kahwin dengan saudara atau keluarga isteri yang sudah meninggal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Belum dipanjat asap kemenyan. | Belum kahwin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hendak mengayuhkan perahu tertambat. | Hendak kahwin dengan perempuan yang masih dalam edahnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ladang yang berpunya. | Perempuan yang sudah kahwin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lecah di kaki. | Seorang lelaki yang kahwin tanpa ada tanggungjawab, melainkan sebagai orang menumpang saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |