Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.lau] | کالاو

Definisi : 1. kata penghubung (kata sendi) utk menyatakan syarat (sebagaimana yg dihurai­kan berikutannya), jika, jikalau: pekerja-pekerja akan berhenti mogok ~ pihak majikan menerima tuntutan mereka; 2. seandai­nya, sekiranya, misalnya: ~ begitu tentu Sutan tak akan lama tinggal di rumah bukan? 3. bagi..., menurut pendapat..., sekira­nya (saya dll) yg terlibat atau yg memutuskan dsb: ~ saya, budak itu sudah patut dihukum; kalau-kalau barangkali, jangan-jangan, takut-takut, adakah (apakah)...: ia bimbang ~ ada orang yg melihatnya; segala menteri dan penggawa pergi mencari paduka anak-anda baginda pd segenap rimba dan padang ~ ada jatuh diterbangkan Dewa Sukma Belantara; kalaupun walaupun, jika pun, sekalipun: ~ ada, tidak terbayar kita harganya; berkalau-kalau mengatakan sesuatu yg tidak pasti dgn mengatakan kalau berkali­kali, atau memberikan pelbagai alasan: mengapa pula ~ Fikri?; budaya ilmu menjauhkan masyarakat drpd membuat serkap jarang, ~ dan berpura-pura. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.lau] | کالاو

Definisi : 1 kata yg menyatakan syarat dll; jika: ~ tidak ada halangan, saya akan datang petang ini. 2 sekiranya; seandainya; umpamanya: ~ engkau tidak berhenti, tentu pangkatmu sudah naik. kalau-kalau barangkali; boleh jadi: Cuba bertanya pd orang tua itu, ~ dia tahu. kalaupun jika sekalipun: ~ barang itu ada, tentulah mahal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kalau (kata tugas)
Bersinonim dengan jika, jikalau, seandainya, sekiranya, misalnya, bila, senyampang.,

Puisi
 

Kalau tuan menebang jati,
     Kalau tumbang saya tolakkan;
Kalau tuan mencari ganti,
     Kalau kurang saya sorakkan.


Lihat selanjutnya...(945)
Peribahasa

Jenguk pandang tindai-tindai;
     usul-usul,
asal-asal,
     jangan ditinggalkan.

Bermaksud :

Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan lebih baik diperiksa dan diselidiki dulu, supaya selamat dan sempurna pekerjaan itu. tindai-tindai = lihat dengan perhatian yang saksama kalau-kalau ada yang salah.

 

Lihat selanjutnya...(180)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Ayam sudah patah, kalau-kalau dapat menikam.Orang yang telah jatuh melarat itu mungkin akan berubah nasibnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jenguk pandang tindai-tindai; usul-usul, asal-asal, jangan ditinggalkan.Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan lebih baik diperiksa dan diselidiki dulu, supaya selamat dan sempurna pekerjaan itu. tindai-tindai = lihat dengan perhatian yang saksama kalau-kalau ada yang salah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau kumbang bukan seekor, kalau bunga bukan sekaki.Lelaki ataupun perempuan bukan seorang di atas dunia ini. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau bunga bukan [= tidak] sekuntum.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau tidak ada senapang, baik berjalan lapang.Jika tiada bersenjata atau bertenaga baiklah mengalah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau tiada emas sepiak, kerja di mana boleh jadi.Orang yang miskin dan lemah tentulah tidak berdaya untuk memenuhi maksud hatinya. sepiak = seketip, sedikit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau tak sir berdegak, sir melayang.Jika barang yang diinginkan tidak diperolehi maka hilanglah daya upaya. tak sir = tak indah, tak mahu (Kelantan); berdegak = bunyi seperti menelan air atau bunyi jantung.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau tak ada kulit bercerailah (= rerak) tulang.Orang yang sangat kurus. rerak = rosak berpisah-pisah, berantakan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau tak bermeriam, baiklah diam.Orang yang miskin dan lemah tidak usahlah banyak berangan-angan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau tak berduit (= berwang), ke mana pergi tercuit-cuit (= terbuang).Orang yang tidak berwang selalu melarat hidupnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau tak ada berlela, baiklah mereka.Jika tak ada daya upaya maka terimalah nasib. mereka = mencari akal.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678910...

Kembali ke atas