Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; ikan ~ sj ikan laut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kambing-kambing I

Puisi
 

Mbek-mbek kambing di hutan,
     Patah tanduk kambing jantan;
Abang pergi saya berpesan,
     Buah mabuk jangan dimakan.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Kambing di parak panjang janggutnya,
     hati enggan banyak jawabnya.

Bermaksud :

Orang yang enggan bila disuruh, banyaklah helah dan dalih untuk melepaskan dirinya.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kambing menyusui anak harimau, besar dia dipatahkan tengkuknya.Akibat yang akan diterima kalau menolong orang jahat dalam kesusahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kambing di parak panjang janggutnya, hati enggan banyak jawabnya.Orang yang enggan bila disuruh, banyaklah helah dan dalih untuk melepaskan dirinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat.Orang yang tidak berilmu tidaklah mungkin mendapat kedudukan baik. (Bandingkan dengan: a. Anak harimau takkan menjadi anak kambing, b. Anak kambing takkan menjadi anak harimau).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kambing menanduk bukit; tanduk patah bukit tak runtuh.Pekerjaan yang sia-sia dan mendatangkan kerugian.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kambing lepas ke parak.Memilih makanan dengan sesuka hati. parak = ladang, kebun.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kambing harga dua kupang.Tingkah lakunya seperti anak-anak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kambing dihalau (= diseret) ke air.Orang yang enggan mengerjakan sesuatu pekerjaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kambing dijunjung.Jerit pekik orang yang penakut.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kambing dalam biduk.Sangat ketakutan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menjadi kambing hitam.Orang yang dipersalahkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas