Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kampung-

Puisi
 

Makan nasi ulamnya jantung,
     Jantung ada atas meja;
Saya malas orang kampung,
     Orang kampung soalkan belanja.


Lihat selanjutnya...(102)
Peribahasa

Gajah masuk kampung,
     kalau kayu (= pohon) tak tumbang,
rumput layu juga.

Bermaksud :

Orang yang berkuasa dapat berbuat sekehendak hatinya dalam lingkungan orang lemah (orang kecil).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Terbakar kampung kelihatan asap, terbakar hati siapa tahu.Kesusahan yang tidak diketahui oleh orang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gajah masuk kampung, kalau kayu (= pohon) tak tumbang, rumput layu juga.Orang yang berkuasa dapat berbuat sekehendak hatinya dalam lingkungan orang lemah (orang kecil).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Masuk ke kampung orang bawa ayam betina, jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak, duduk di tapak tangga, mandi di hilir orang, berdiri di luar-luar gelanggang.Kalau merantau ke negeri asing, hendaklah selalu mengalah, jangan berbuat pekerjaan yang buruk, selalu merendahkan diri, jangan suka mendului orang dan jangan menunjuk-nunjukkan diri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biawak kudung masuk kampung.Orang jahat yang dikenal ramai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti rusa masuk kampung.Tercengang-cengang kehairanan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kerbau terkejut oleh gong).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti gajah masuk kampung.Orang yang berkuasa dapat berbuat sekehendak hatinya terhadap orang yang lemah (orang kecil).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ayam menang, kampuh (= kampung) tergadai.Keberuntungan yang tidak ada faedahnya. kampuh = kain selimut yang dirangkap daripada tiga helai kain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Malang Pak Kaduk, ayamnya menang kampung tergadai.Orang yang benar-benar malang nasibnya, segala sesuatu yang dimilikinya habis belaka.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti negeri dialahkan garuda.Negeri (kampung) yang sunyi senyap.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat bernegeri memagar negeri; adat berkampung memagar kampung.Tidak mementingkan diri sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas