| Kapal satu nakhoda dua. | Suatu pekerjaan yang dikepalai dua orang, alamatlah akan rosak pekerjaan itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kapal besar ditunda jongkong. | Orang yang berkuasa menurut perintah orang bawahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Besar kapal besar gelombang. | Makin tinggi pangkat atau makin besar perniagaannya, makin banyak pula tanggungjawabnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sebagai kapal patah kemudi. | Hilang pedoman. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti kapal dibusur. | Putih sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti kapal tiga tiang. | Gaya perjalanan seorang perempuan yang amat menarik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sepuluh jung (= kapal) masuk pelabuhan, anjing bercawat ekor juga. | Tidak mengendahkan perubahan dan kemajuan. (Bandingkan dengan: Anjing bercawat ekor). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jangan kamu sangka: kapal api besi itu pun masuk guri juga. | Jangan disangka sesuatu yang kuat dan teguh akan kekal terus tidak binasa. guri = sebangsa buyung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Adat teluk timbunan kapal (= kapar). | Orang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Adat lurah timbunan sarap). kapar = kayuan yang hanyut di sungai dan sebagainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Anjing bercawat ekor. | Pergi atau menghindar kerana malu dan sebagainya. (Bandingkan dengan: Sepuluh jung [= kapal] masuk pelabuhan, anjing bercawat ekor juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |