Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.pas] | کاڤس

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok renek yg buah­nya mengandungi serat utk dibuat benang), Gossypium spp.; pokok ~ bulan sj tumbuhan (pokok), medang ketanahan, kerabu, Xanthophyllum rufum; 2. sj kabu-kabu (kapuk) drpd buah kapas yg dibuat benang dll; benang (kain) ~ benang (kain) yg dibuat drpd kapas; spt ~ yg dibusur prb putih bersih (amat putih); untung bagai untung ~ prb perihal orang yg banyak tanggungannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.pas] | کاڤس

Definisi : ; ~ sungai = kapas-kapas, kekapas sj ikan laut, Gerres abbreviatus; ~ laut sj ikan laut, mentimah, Gerres punctatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.pas] | کاڤس

Definisi : ; burung ~ sj burung, kuang-kuit, murai batu, selancang, Lalage nigra. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.pas] | کاڤس

Definisi : 1 nama sj pokok renek atau buahnya (buahnya berisi serat yg dpt dijadikan benang), Gossypium spp.. 2 kekabu dr buah kapas yg dijadikan benang utk dibuat kain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kapas (kata nama)
Bersinonim dengan kabu-kabu, kapuk.,

Puisi
 

Pohon kapas dibaling-baling,
     Tersangkut kaca koyak seluar;
Melintas dara sambil menjeling,
     Terbeliak mata macam nak keluar.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Seperti kapas dimakan api.

Bermaksud :

Kebinasaan yang sangat cepat.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Putih kapas boleh dilihat, putih hati berkeadaan.Kejujuran seseorang hanya dapat dilihat pada tingkah laku atau perangainya saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kapas dimakan api.Kebinasaan yang sangat cepat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Putih seperti kapas dibusar.Putih bersih; amat putih. busar = busur.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kapuk segaul dengan kapas, bezanya takkan lepas.Orang mulia dengan orang hina walaupun serupa keadaannya namun bezanya ketara juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Untung bagai untung kapas.Orang yang banyak penanggungannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sembelih ayam dengan pisau, sembelih orang dengan kapas.Manusia harus diperlakukan dengan lemah lembut.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas