Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.rib] | قريب

Definisi : 1. dekat (hubungan kekeluargaan); ~ (dan) baid dekat dan jauh (sanak saudara); ~ kerabat saudara-mara yg dekat; 2. rapat, erat (persahabatan dll): kawan ~ kawan yg rapat; berkarib bersanak saudara, bersahabat baik, erat (rapat) perhubungannya: ia ~ benar dgn Mak Guna yg bijak itu; mengaribi bersahabat baik dgn, mendekati; mengaribkan merapatkan atau mengerat­kan (persahabatan, persaudaraan, dll); kekariban 1. perihal persaudaraan atau hubungan kekeluargaan; 2. perihal erat atau rapat (perhubungan, persahabatan), keeratan (perhubungan, persahabatan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.rib] | قريب

Definisi : 1 keluarga atau saudara-mara yg rapat dgn kita. 2 rapat (bkn persahabatan); erat: sahabat ~ sahabat yg rapat. mengaribkan menjadikan rapat atau erat (bkn persahabatan, perhubungan dsb); merapatkan; mengeratkan. kekariban keadaan karib (persabahatan dll); keeratan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
karib (adjektif)
1. Dalam konteks saudara
bersinonim dengan dekat, rapat sepupu, kerabat, kemanakan, ibu saudara, bapa saudara, datuk, nenek, cucu,
Berantonim dengan jauh

2. Dalam konteks sahabat
bersinonim dengan erat, rapat, baik, mesra, ikrab, intim, konco, kamceng, geng, komrad,

Kata Terbitan : berkarib, mengaribi, mengaribkan, kekariban,

Peribahasa

Selauk senasi.

Bermaksud :

Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Sejiwa dua tubuh, d. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, e. Setikar seketiduran).

 

Lihat selanjutnya...(25)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Setikar seketiduran.Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Sejiwa dua tubuh, d. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, e. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu, f. Selauk senasi, g. Seperti dua senyawa).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Selauk senasi.Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Sejiwa dua tubuh, d. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, e. Setikar seketiduran).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dua badan senyawa.Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Satu nyawa dua badan, b. Sejiwa dua tubuh, c. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, d. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu, e. Selauk senasi, f. Seperti dua senyawa, g. Setikar seketiduran).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti dua senyawa.Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Sejiwa dua tubuh, d. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, e. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu, f. Selauk senasi, g. Setikar seketiduran).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sejiwa dua tubuh.Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu, d. Selauk senasi, e. Seperti dua senyawa, f. Setikar seketiduran).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai inai dengan kuku.Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai empedu lekat di hati).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berbaur pangkal perceraian.Jika terlalu karib mudahlah timbul perselisihan. (Bandingkan dengan: Berdua mendatangkan perbantahan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai lesung dengan antan.Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai empedu lekat di hati, b. Bagai inai dengan kuku, c. Bagai kuku dengan isi [= daging]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Satu nyawa dua badan.Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Sejiwa dua tubuh, c. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, d. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu, e. Selauk senasi, f. Seperti dua senyawa, g. Setikar seketiduran).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai empedu lekat di hati.Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas