Seperti labah-labah cinta (= kasih sayang) kepada telurnya. | Kasih sayang yang tak dapat dipisahkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Merajuk bukan kepada yang kasih (sayang). | Tak mungkin terjadi kerana salah tempatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hidung dicium, pipi digigit. | Kasih sayang yang pura-pura saja; menyembunyikan perbuatan jahat dengan perbuatan baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti embun di hujung rumput. | Kasih sayang yang lekas hilang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai menjaga permata intan ketika dicanai. | Kasih sayang yang tidak ada taranya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Umpama bunga, sedap dipakai, layu dibuang. | Kasih sayang sementara disukai, sudah bosan lalu dibuang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang. | Kasih sayang hanya waktu berhadapan saja, setelah berjauhan lalu dilupakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai emak mandul baru beranak. | Girang yang amat sangat; kasih sayang yang terlalu amat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada wang abang saya, tak ada wang abang payah. | Kasih sayang hanya kerana memandang harta benda. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai sayang kaki pada terompah. | Kasih sayang yang boleh ditinggal-tinggalkan, sesuatu yang digunakan pada waktu perlu saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |