Kasihan gajah berusung. | Kasihan yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Menangiskan gajah berusung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menangiskan gajah berusung. | Kasihan yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kasihan gajah berusung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kasihkan raja di atas usungan. | Kasihan yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kasihan gajah berusung, b. Menangiskan gajah berusung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertukar jiwa dengan semangat. | Sedang berkasih-kasihan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kasihkan padi buangkan rumput-rumput. | Jika kasihan anak isteri, hendaklah berhenti daripada mengasihi perempuan lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Jikalau kasihkan padi, buanglah rumput). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah merasa maka (= baru) santun. | Baru ada belas kasihan sesudah menderita kesusahan. santun = baik budi bahasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebagai aur dengan tebing. | Suami isteri yang sangat berkasih-kasihan; persahabatan yang sangat karib. (Bandingkan dengan: Bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur). (Peribahasa lain yang sama makna: Sepantun kasau dengan bubungan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sepantun kasau dengan bubungan. | Suami isteri yang sangat berkasih-kasihan; persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai aur dengan tebing). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bersarak serasa hilang, bercerai serasa mati. | Sangat rindu; sangat berkasih-kasihan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjarak serasa hilang, bercerai serasa mati). sarak = pisah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berjarak serasa hilang, bercerai serasa mati. | Sangat rindu; sangat berkasih-kasihan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |