Semalam di bawah nyiur pinang orang, kata orang diturut. | Hendaklah menurut adat istiadat di negeri yang kita tumpangi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dengarkan cerita burung, anak dipangku dilepaskan. | Kerana mendengarkan manis tutur kata orang, pekerjaan sendiri disia-siakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Empat gasal, lima genap; dikendur berdentang-dentang, ditegang berjela-jela. | Tutur kata orang yang bijaksana selalu tersembunyi maksudnya. gasal = ganjil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kubur kata mari, rumah kata nanti. | Orang yang sudah lanjut usianya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berkata-kata dengan lutut. | Berkata-kata dengan orang yang bodoh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. | Orang mengatakan tentang sesuatu perkara itu tentulah ada sebabnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kata seorang dibulati, kata bersama diperiakan. | Urusan yang mengenai diri orang perseorangan bolehlah diurus dengannya sendiri, tetapi urusan yang mengenai umum hendaklah dilakukan dengan muafakat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Siapa cerdik tinggi naik, siapa calak menang berhitung. | Orang yang pandai berkata-kata, meskipun bersalah, dipercayai orang jua. calak = banyak cakap; berhitung = berunding. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kata periuk belanga hitam. | Orang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuali mengatakan belanga hitam, b. Periuk mengumpat belanga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ayam yang tangkas di gelanggang. | Orang yang pandai berkata-kata di dalam majlis. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |