Jaras katanya raga jarang. | Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih. (Peribahasa lain yang sama makna: Jaras dikatakan raga jarang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya. | Janji yang sudah diucapkan mestilah ditepati, kerana harga manusia terletak pada janjinya itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Orang memegang kerbau pada talinya, memegang manusia pada katanya. | Manusia dihormati kerana kejujurannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bercabang bagai lidah biawak. | Tidak dapat dipercayai barang katanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lidah tidak bertulang, salah petik jiwa hilang. | Orang yang mendapat kemalangan kerana tiada tahu menjaga tutur katanya. petik = gerak lidah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti lebah: mulut bawa madu, pantat bawa sengat. | Seorang perempuan yang elok parasnya dan manis tutur katanya, tetapi kelakuannya jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |