| Tersenget-senget bagai katung di bawah reba. | Orang kecil yang takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersendeng-sendeng bagai sepat di bawah mengkuang). katung = sebangsa penyu; reba = ranting daripada dahan kering yang bertompok-tompok bekas ditebas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Terkatung-katung macam biduk patah kemudi. | Hidup melarat di negeri orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti daun kering ditiup angin di tengah padang. | Hidup melarat, terkatung-katung kian ke mari. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |