Menggali paya menimbun bukit. | Membantu orang kaya dengan jalan menganiaya orang-orang miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Menimbun tanah yang tinggi, menggali tanah yang lekuk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menimbun tanah yang tinggi, menggali tanah yang lekuk. | Membantu orang kaya dengan jalan menganiaya orang-orang miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggali paya menimbun bukit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sedatar saja lurah dengan bukit. | Tidak membeza-bezakan orang kaya dengan orang miskin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Permaisuri raja berurap-urapan, lipas di dinding timpa perasaan. | Orang miskin yang ingin menyamai perbuatan orang kaya-kaya. berurap-urapan = berlumas dengan bau-bauan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Yang ombak itu ombak juga, yang air itu air juga. | Orang kaya itu kaya juga dengan kikir dan tamaknya; orang miskin itu miskin juga dengan melarat dan sebagainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memberi garam kepada laut. | Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya. (Bandingkan dengan: Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau ibu kaya anak jadi puteri, kalau anak kaya ibu jadi budak. | Perbezaan antara kesayangan ibu dengan kesayangan anak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Geneng di tengah lebuh, tahan galah bersijingkat; geneng di tengah medan (gelanggang), tahan taruh di ayam kuyu. | Menunjukkan gagah kepada orang terpaksalah mengeluarkan wang untuk menolong ataupun untuk perjamuan makan minum. (Bandingkan dengan: Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah [= mulia] bertabur urai, hendak berani berlawan ramai). geneng = gagah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Duduk dengan sukatan. | Orang yang kaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bersisih antah dengan beras. | Tersisih orang miskin daripada orang kaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |