| Negeri besar, rumah besar, berapa pun panjang perian takkan terantuk. | Orang kaya yang murah hati, biarpun banyak orang yang meminta pertolongan tiadalah ia akan jadi miskin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai. | Jimat dan cermat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah (= mulia) bertabur urai, hendak berani berlawan ramai. | Hemat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |