Bagai kayu lempung, ditebuk kumbang tembus-menembus. | Orang yang lemah, mudah dianiaya oleh orang yang berkuasa. kayu lempung = kayu ringan dan lunak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kayu mati berpunggur, manusia mati biar bernama. | Hidup manusia hendaklah meninggalkan jasa yang baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kayu yang besar jugalah yang bersakat. | Orang yang kaya juga yang bertambah kekayaannya. sakat = bendalu, pasilan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kayu yang banyak akarnya, tak takutkan ribut. | Orang yang banyak kawan tidak takut akan susah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kayu dikatakan batu, langit hendak dicapai dengan tangan. | Orang yang tidak sempurna akal fikirannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kayu buruk tiada bercendawan, lumut tumbuh. | Orang yang sudah tua sangat mudah dihinggapi penyakit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kayu bongkok kura-kura pun boleh memanjat. | Orang yang sudah bersalah itu ada-ada saja orang yang menambah-nambahkan kesalahannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kayu besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat berlindung kehujanan, uratnya tempat bersila, batangnya tempat bersandar. | Pemimpin yang menjadi tempat rakyat mengadukan nasibnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kayu bengkok, masakan lurus bayangannya! | Orang yang bercakap bohong tentu tidak dapat dipercayai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kapak tak boleh membelah kayu, kalau bukan kayu pula yang menjadi hulunya. | Penganiayaan itu berlaku kerana ada orang yang menjadi biang keladinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |