| Ikan pulang ke lubuk. | Telah kembali ke tempat asalnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ke laut meracik ikan, tersenyum siput; ke hutan memancing punai, tertawa badak. | Perbuatan yang dilakukan dengan tidak menurut aturan akan jadi tertawaan orang ramai. racik = jerat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Nak menangguk ikan, tertangguk ke batang. | Hendak laba, langsung jadi rugi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Walau ikan diam di dalam tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dalam pukat juga. | Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belut kena ranjau [= getah], b. Ikan yang di dalam lautan yang besar-besar sekalipun, termasuk juga ke dalam pukat, c. Sepandai-pandai tupai melompat, sekali gawal [= terjatuh] juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tak sungguh seluang melaut, akhirnya balik ke tepi juga. | Tidak betah merantau, akhirnya balik semula ke kampungnya. seluang = sebangsa ikan air tawar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti pisau raut: bengkok orang dapat dibetulkan, bengkok sendiri tak dapat dibetulkan. | Hendak laba, langsung jadi rugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Nak menangguk ikan, tertangguk ke batang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ikan yang di dalam lautan yang besar-besar sekalipun, termasuk juga ke dalam pukat. | Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belut kena ranjau [= getah], b. Sepandai-pandai tupai melompat, sekali gawal [= terjatuh] juga, c. Walau ikan diam di dalam tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dalam pukat juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Belut kena ranjau (= getah). | Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan yang di dalam lautan yang besar-besar sekalipun, termasuk juga ke dalam pukat, b. Sepandai-pandai tupai melompat, sekali gawal [= terjatuh] juga, c. Walau ikan diam di dalam tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dalam pukat juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sepandai-pandai tupai melompat, sekali gawal (= terjatuh) juga. | Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belut kena ranjau [= getah], b. Ikan yang di dalam lautan yang besar-besar sekalipun, termasuk juga ke dalam pukat, c. Walau ikan diam di dalam tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dalam pukat juga). gawal = berbuat kesalahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |