Bunga tengah kembang di taman, baunya merebak ke mana-mana. | Kecantikan seorang gadis yang telah gah ke mana-mana. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ke mana condong, ke mana rebah. | Sudah dilakukan menurut adat yang biasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Keris panjang berkeluk, ke mana bawa ke mana olok. | Orang yang dapat digunakan untuk sebarang maksud; anak muda yang 'dimakan' pakaian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mati badan dikandung tanah, nama beredar ke mana-mana. | Walaupun badan sudah hancur di dalam tanah, tetapi nama yang baik dikenang juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berjalan jauh banyak dilihat. | Banyak pengalaman kalau bepergian ke mana-mana. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Alah menang tak tahu, bersorak boleh. | Tidak berpihak ke mana-mana dalam sesuatu perlawanan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya. | Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersiar ke mana-mana. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mulut buyung dapat dipendam, mulut manusia siapa dapat menutup, b. Mulut tabuh dapat disumbat, mulut orang bagaimana menyumbatnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mulut tabuh dapat disumbat, mulut orang bagaimana menyumbatnya. | Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersiar ke mana-mana. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mulut buyung dapat dipendam, mulut manusia siapa dapat menutup, b. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Betung bulat tak bersegi, pipit jantan tak bersarang. | Anak bujang atau anak dagang yang bebas berjalan ke mana-mana saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mulut buyung dapat dipendam, mulut manusia siapa dapat menutup. | Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersiar ke mana-mana. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mulut tabuh dapat disumbat, mulut orang bagaimana menyumbatnya, b. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |