Sedepa jalan ke muka, setelempap jalan ke belakang. | Berusaha dengan tekad yang bulat; segala sesuatu selalu difikirkan untung ruginya. setelempap = selebar tapak tangan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tertukik jejak mendaki, tersendorong jejak menurun. | Kaum kerabat yang telah jauh tidaklah berapa kuat pada tuntutan hak waris. tertukik = tertakik; tersendorong = tergelincir ke muka. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kilat beliung sudah di kaki, kilat pisau sudah ke tangan, kilat cermin sudah ke muka. | Orang yang bijaksana dengan mudah menangkap hujung kata atau kias seseorang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Meludah ke langit, muka juga yang basah. | Melawan atau membantahi orang yang berkuasa, akhirnya diri sendiri juga yang susah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |