Anjing terpanggang ekor. | Mendapat kesusahan besar sehingga tak tentu tingkah lakunya, meminta pertolongan ke sana ke mari. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai anjing tersepit di pagar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai anjing tersepit di pagar. | Mendapat kesusahan besar sehingga tak tentu tingkah lakunya, meminta pertolongan ke sana ke mari. (Peribahasa lain yang sama makna: Anjing terpanggang ekor). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pecah bunyi (= tepi), buruk berita. | Kejadian yang tak baik, kemudian menjadi besar kerana diceritakan orang ke sana ke mari. pecah tepi = pecah sedikit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |